POPIAH CARBONARA CHEESE
sumber : buatoranglapo.com via you tube...
menghasilkan : 29 keping...
Bahan-Bahan :
1/2 biji bawang Holland ~ didadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
200 gm ayam cincang
3 batang sosej ~ dihiris
4 biji cendawan butang ~ dihiris (saya tambah)
300 gm sos carbonara (saya guna brand Prego ~ 1 tin)
2 keping keju Cheddar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Kulit popiah secukupnya
Lobak merah (anggaran 1 batang saiz kecil) ~ diparut memanjang
Telur (anggaran 1 biji sebagai pelekat) (saya guna sedikit tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sebagai pelekat)
Keju Cheddar secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Tumiskan bawang Holland bersama bawang putih sehingga sedikit layu.
2. Masukkan ayam cincang. Kacau sedikit dan biarkan ayam separuh masak.
3. Kemudian masukkan sosej dan cendawan butang (jika guna). Kacau lagi.
4. Masukkan 1 tin sos carbonara. Kacau-kacau sebentar.
5. Tambahkan serbuk lada hitam dan kepingan keju.
6. Kacau dan masak sehingga kuah carbonara sedikit kering.
7. Sediakan kulit popiah. Letakkan inti secukupnya, sedikit lobak merah dan keju cheddar.
8. Gulungkan popiah dengan kemas. Sapukan sedikit telur/bancuhan tepung dihujung kulit popiah.
9. Buat sehingga kesemuanya siap. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
10. Sedia dihidangkan bersama sos pilihan...
No comments:
Post a Comment