Sunday, January 3, 2016
TELUR MATA KERBAU MASAK KICAP
TELUR MATA KERBAU MASAK KICAP
By : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
6 biji telur - digoreng mata kerbau
1 biji tomato - belah 4
1 biji bawang besar - hiris bulat & leraikan
1 tangkai cili hijau - hiris
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan Tumis : (Hiris)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan tumis sehingga berbau harum.
2. Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan telur, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau perlahan-lahan menggunakan api kecil sehingga tomato sedikit layu. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan masak seketika dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih dan lauk pilihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment