RESEPI BISKUT JEM
sumber : Nor Awanis Nawi@MAHN...
Bahan-Bahan :
250 gm mentega (lagi sedap guna mentega berkualiti)
1/2 cawan gula halus@gula kastor
1/2 cawan Nestum Original ~ dikisar halus
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
Jem strawberry secukupnya (boleh guna jem pilihan)
Cara-Cara :
Masukkan mentega, gula halus dan esen vanilla di dalam mangkuk pengadun. Kacau sebati menggunakan senduk kayu.
Masukkan nestum yang dikisar, tepung jagung dan tepung kastad, gaulkan menggunakan tangan.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit kalau doh lembik sangat, tetapi jangan sampai terlalu keras.
Terapkan dengan acuan berbentuk bunga dan berlubang ditengahnya dan isikan dengan jem strawberry.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160'C selama 15-20 minit sehingga bahagian tepi biskut kelihatan keperangan menggunakan api bawah...
NOTA : Tips senang nak isi jem di dalam biskut, masukkan jem di dalam piping bag dan paipkan di tengah biskut...
No comments:
Post a Comment