KUIH TEPUNG PELITA
rujukan : LiNaPg@Teratak Mutiasa Kasih...
Bahan Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air *
4 helai daun pandan dikisar dengan sedikit air, perah, tapis ambil jusnya *
1 sudu kecil air kapur (kali ini saya skip)
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit garam
Bahan Lapisan Putih :
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
Bahan Lain :
Gula untuk ditabur di tengah lapisan (jika suka)
Bekas kecil/daun pisang dibentuk sampan
Cara-Cara Bahagian Hijau :
Satukan semua bahan lapisan hijau di dalam periuk, kacau atas api kecil sehingga kelihatan meletup-letup dan nampak berkilat. Kemudian tuangkan ke dalam acuan yang disediakan. Taburkan gula di atas lapisan hijau (jika suka lebih manis). Biarkan seketika.
Cara-Cara Bahagian Putih :
Satukan semua bahan lapisan putih di dalam periuk, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah (lapisan hijau) tadi. Kacau sehingga masak berkilat dan ada letupan kecil. Tutup api dan tuangkan ke atas bahagian hijau tadi...
No comments:
Post a Comment