KEK PISANG

Thursday, February 13, 2020

RENDANG HIJAU AYAM ...










RENDANG HIJAU AYAM
sumber :    yatiememories.blogspot.com




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam   ~  dipotong 12 bahagian
250  ml  santan
2  sudu besar  kerisik
Garam & gula secukup rasa
2  keping  asam gelugor
2  helai daun kunyit   ~  buangkan urat & dihiris halus
1/2  cawan  minyak masak,  untuk menumis
Sedikit air,  jika perlu


Bahan-Bahan Dikisar :

4  batang  serai   ~  dihiris halus
1  inci  halia
1  inci  kunyit hidup
1  inci  lengkuas
30  biji  cili padi hijau
4  tangkai  cili hijau
10  biji  bawang merah
1  labu  bawang besar
5  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing dan wangi.

2.  Kemudian masukkan ayam dan kacau sehingga rata.  Selepas itu masukkan santan, kerisik, asam gelugor, gula dan garam secukup rasa.

3.  Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masak sehingga pekat.  Masukkan hirisan daun kunyit.  Bila dah cukup kering (seperti yang dinginkan), bolehlah diangkat.

4.  Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment