KEK PISANG

Wednesday, February 5, 2014

JELLY KELAPA












JELLY KELAPA
Oleh  :  bicara kak nor dll.




Bahan-bahan :

 10  gm     serbuk agar-agar
2.6  liter    air kelapa dari 3 biji kelapa muda
 12  tbsp   gula pasir
   3  helai   daun pandan  -  disimpul
Isi kelapa muda secukupnya  -  dihiris memanjang


Cara Penyediaan :

     Masukkan air kelapa muda, serbuk agar-agar, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk.  Masakkan hingga mendidih dan masukkan isi kelapa.  Padamkan api.
     Biarkan sejuk sedikit dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas pilihan.  Sejukkan di dalam peti sejuk.  (menghasilkan :  8 bekas seperti gambar di atas).


TIPS  :   sekiranya air kelapa tidak mencukupi, tambahkan dengan air biasa untuk mencukupkan sukatan
              2.6 liter.

Tuesday, February 4, 2014

KUIH LAPIS










KUIH LAPIS
Sumber :   raihanavanilla




Bahan-bahan :

   1   cawan   tepung beras *
   1   cawan   gula pasir *
1/2   cawan   tepung gandum *
   2   paket    santan serbuk *
   4   cawan   air  (2 cawan blend bersama *, 2 cawan lagi satukan kemudian)
3-4  titik        pandan pes
sedikit pewarna hijau
sedikit pewarna coklat & coklat emulco

Acuan :  8 inci bulat, griskan dengan sedikit minyak & alas dengan plastik


Cara-cara :

1.   Panaskan kukusan.
2.   Kisarkan kesemua bahan-bahan bertanda * bersama 2 cawan air.
3.   Kemudian tapiskan ke dalam sebuah bekas besar.
4.   Tambahkan baki 2 cawan air ke dalam adunan.  Kacau sebati.
5.   Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak.
6.   Titikkan satu bahagian dengan pandan pes dan pewarna hijau manakala satu bahagian dengan coklat emulco dan pewarna coklat.
7.   Tuangkan 1 cawan adunan hijau.  Kukus selama 5-10 minit.
8.   Tuangkan 1 cawan adunan coklat.  Kukus selama 5-10 minit.  Buat hingga habis adunan.
9.   Akhir sekali kukus selama 20 minit atau hingga masak sepenuhnya.

IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL











IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL
Sumber :   Azie Kitchen




Bahan-bahan :

4   ekor   ikan cencaru
6   tbsp.  cili kering kisar
6   ulas    bawang putih
8   ulas    bawang merah
sedikit belacan bakar
gula, garam secukupnya
air asam jawa secukupnya


Cara Memasak :

     Ikan cencaru dibelah belakang dan dibersihkan.  Lumurkan ikan cencaru bersama sedikit garam.  Tumbuk bawang putih, bawang merah dan sedikit belacan.  Masukkan cili kering kisar.  Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.  Sumbatkan bahan tumbuk tadi ke dalam bahagian belakang ikan cencaru.
     Panaskan minyak secukupnya dan gorengkan ikan cencaru sehingga garing.  Hidangkan bersama nasi putih bersama lauk sampingan.

Saturday, February 1, 2014

KELAS HANDS-ON PAINTED ROLL


1/2/2014 (Sabtu) -  Kelas Hands On Painted Roll bersama Pn. Azimah
di kediaman beliau di Jln. Reko dihadiri oleh 13 orang peserta.  Yuran :  RM200.00.
Kelas bermula dari jam 10.30 pagi - 3.00 petang.






CHEEZY CHEESE BALLS










CHEEZY CHEESE BALLS
by :   MamaFami/Mak Lang Azie




Ingredients :

3   medium sized potatoes
     enough flour
     pepper/lada sulah
     salt to taste
     cheddar cheese (can be replaced with slice cheese)

     Egg white
     Breadcrumbs


Method :

1.   Clean potatoes, diced and boil with a bit of salt till soft.
2.   Pour the potatoes into a colander and place the potatoes in a bowl.
      Mashed the potatoes with pepper and salt if necessary.
3.   Add in flour, a little at a time until a soft dough is form and it is easy to handle.
4.   Take a bit of dough (the size of ping pong ball) and flatten it, place a small piece of cheddar cheese in the middle.  Cover with dough and shape it back into a ping pong ball.  Repeat until all the dough is done.
5.   Dip the potato balls into the egg white.  Then coat it with breadcrumbs.
6.   Deep fry with enough oil until golden brown.  Place onto kitchen towel.  Ready to be serve with sauces of your choice. (e.g. chilli sauce)