Tuesday, March 18, 2014
PUDING TAUHU
PUDING TAUHU
Oleh : yatiememories
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
2 liter air (8 cawan)
3/4 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat
2 cawan santan (200 ml santan kotak + air selebihnya)
3 cawan susu cair (1 tin susu cair 400 ml + 350 ml air)
Cara-cara :
1. Masakkan serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
2. Masukkan susu pekat, kacau rata. Masukkan santan dan susu cair, kacau lagi.
3. Setelah siap, tutupkan api dan biarkan sebentar.
4. Tuangkan ke dalam acuan kecil-kecil/pilihan. Sejukkan sebentar.
5. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.
6. Boleh juga di tuang ke dalam loyang, tetapi kalau hendak makan kenalah sendukkan ke dalam mangkuk kecil.
7. Hidangkan bersama buah laici atau bahan-bahan kuah seperti di bawah.
Bahan Kuah :
1 tin laici (toskan airnya dan siat-siatkan laici)
1 cawan susu cair
1 cawan air masak
1 cawan air laici tadi
5 tbsp. gula
Cara-cara :
1. Bancuhkan air masak bersama gula. Masukkan air laici tadi, susu cair dan gaulkan sebati. Masukkan laici yang di siat-siat tadi. Bila dah siap, bolehlah dihidangkan bersama puding tauhu lemak manis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment