Saturday, September 13, 2014
IKAN BILIS GARING yang simple
IKAN BILIS GARING yang simple
sumber : DapurTanpaSempadan, thanks (betul-betul simple & sedap)....
Bahan-bahan :
1 genggam ikan bilis (cuci bersih, rendam 10 minit)
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
6 biji cili padi hijau
6 biji cili padi merah
Limau kasturi (jika suka)
Sedikit kicap lemak manis, jika suka
Cara Memasak :
1. Ikan bilis ditoskan dan diperah. Panaskan minyak untuk goreng terendam (kurang lebih 1 cawan minyak). Gorengkan ikan bilis sehingga garing, pastikan minyak didalam kepanasan sederhana. Angkat & toskan.
2. Gorengkan pula bawang besar sehingga keperangan, angkat dan toskan. Kemudian gorengkan cili padi (berhati-hati kerana ia akan meletup sedikit), gorengkan sehingga perang. Angkat & toskan. Gaulkan ikan bilis goreng, bawang besar goreng dan cili padi goreng sehingga rata dan sebati.
3. Jika suka bolehlah renjiskan dengan sedikit kicap lemak manis dan perahkan limau kasturi sebelum dihidangkan bersama nasi panas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment