Saturday, September 13, 2014
TELUR ITIK/AYAM MASAK LEMAK CILI API BERSAMA BELIMBING BULUH
TELUR ITIK/AYAM MASAK LEMAK CILI API
BERSAMA BELIMBING BULUH
sumber : DapurTanpaSempadan ; thanks...
6 biji telur itik atau ayam
3 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - disiat-siat (kalau besar guna 1 helai saja)
15 biji belimbing buluh - dicuci bersih & toskan - belah 2 tapi tak putus setiap 1
1 keping asam gelugur
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar halus :
20 biji cili padi
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Cara Memasak :
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk/kuali bersama serai dan santan cair. Kacau rata dan masak sehingga mendidih. Kecilkan api, kemudian pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk kecil. Tuangkan ke dalam kuah yang mendidih tadi. Buat kaedah sama dengan kesemua telur dan pastikan telur tidak bertindih semasa dimasukkan ke dalam kuah. Masak sehingga telur dan bahagian merahnya mengeras.
2. Berhati-hati, kacau perlahan-lahan. Pastikan telur tidak hancur. Masukkan asam gelugur dan tuangkan pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Tambahkan daun kunyit dan biarkan mendidih dengan api kecil, kacau perlahan untuk mengelakkan santan pecah.
3. Akhir sekali masukkan belimbing buluh, masak sekejap sehingga belimbing buluh berubah warna, rasa dan bolehlah tutupkan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment