menggunakan acuan karipap
tanpa acuan
KARIPAP APAM DURIAN/PERLIS
sumber dari : singgahsana kitchen ; thanks
Bahan Bater :
150 gm tepung gandum
250 gm air/jus pandan
1 peket kecil Eno fruit salt (4.3 gm - peket biru)
sedikit pewarna hijau/ikut pilihan
Cara-cara :
Campurkan tepung dengan air/jus pandan. Kacau sehingga menjadi adunan bater yang halus. Tambahkan pewarna hijau, kacau sebati. Masukkan Eno (ketika ini adunan akan kelihatan berbuih), kacau sebati sehingga buih-buih menghilang. Ketepikan untuk selama 15-25 minit.
Panaskan kuali leper (non-stick) dengan api perlahan. Ratakan sesenduk kecil adunan, layangkan atas pan agar adunan membulat. Bila saja permukaannya masak dan kelihatan gelembung-gelembung kecil, angkat. (Ambil masa anggaran 2-3 minit)...jangan masak terlalu lama dan tidak perlu diterbalikkan.
Selepas diangkat, terus letakkan pada acuan karipap dan masukkan inti durian ditengahnya. Tutupkan acuan. Buang sisa-sisa adunan pada acuan. Jika perlu sapukan sedikit minyak pada gigi acuan agar mudah dikeluarkan. Ulangi sehingga kesemua adunan bater habis.
Inti Kastad Durian :
120 gm susu sejat/susu cair
130 gm susu segar
1 tbsp tepung kastad (10 gm)
1 tbsp tepung jagung (10 gm)
2 tbsp gula pasir
1 biji kuning telur
1/4 tsp garam
150 gm isi durian
Cara-cara :
Larutkan tepung jagung, tepung kastad, susu sejat, susu segar sehingga rata dan sebati. Kemudian satukan dengan bahan-bahan yang lain di dalam periuk. Masak sehingga inti menjadi kental. Sejukkan dahulu sebelum di isikan ke dalam dadar apam tadi.
No comments:
Post a Comment