Tuesday, October 27, 2015
RESIPI JUS APPLE ASAM BOI
RESIPI JUS APPLE ASAM BOI
sumber : seripayaku; thanks...
Bahan-bahan :
1 biji apple hijau - dipotong empat
1 sudu kecil serbuk asam boi
2-3 biji asam boi
1 biji limau kasturi - dipotong 2
1 sudu kecil gula (jika suka manis boleh tambah sikit lagi)
2 cawan air
Sedikit ais kiub
Cara-cara :
1. Kisar hancur buah epal.
2. Apabila siap, toskan/tapiskan jusnya.
3. Tuangkan ke dalam jug. Masukkan gula secukupnya dan serbuk asam boi.
4. Perasakan dengan perahan air limau kasturi dan kemudian masukkan ketulan asam boi. Kacau sebati.
5. Masukkan beberapa ketulan ais kiub dan sedia untuk dihidangkan dingin.
Labels:
Minuman/Jus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sdp tuh ... hmmmmm
ReplyDelete