KEK PISANG

Tuesday, December 1, 2015

SUP TAUHU LEMBUT







SUP TAUHU LEMBUT
By  :   zaralovebaking...



Bahan-bahan :

3  keping  tauhu lembut  -  dibelah 4
1  batang  lobak merah  -  dipotong kiub
1  bungkus  jagung muda/baby corn
2  tangkai  cili merah  -  dihiris serong
1  tangkai  broccoli  -  dipotong
1  sudu kecil  serbuk lada hitam
1  sudu makan  sos tiram
1  kiub  pati ayam Maggi
1  biji  telur
1  sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
2  cawan  air atau secukupnya
Sedikit daun sup & daun bawang  -  dihiris


Bahan Tumis :

   2  ulas  bawang putih  -  dicincang halus
1/2  biji  bawang besar  -  dihiris


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam kuali/periuk, tumiskan bahan tumis sehingga berbau harum.
2.  Masukkan sedikit air dan masukkan serbuk lada hitam, sos tiram dan kiub pati ayam, kacau sebati.
3.  Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong, hirisam cili merah, biarkan seketika hingga lobak merah sedikit empuk.
4.  Kemudian pecahkan telur dan gaul sekali sekala.  Biarkan merenih seketika.
5.  Kemudian masukkan tauhu, biarkan seketika.  Masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
6.  Gaulkan sekali sekala, perasakan secukupnya.  Tutup api, hidangkan bersama taburan hirisan daun bawang dan daun sup...

No comments:

Post a Comment