RESEPI ROTI BUTTER SUGAR BUN
sumber : FB@resepibonda.my
kredit : Rohaidah Haron
(sedap & sangat lembut, gebus)...
Bahan-Bahan :
500 gm tepung gandum/tepung roti (me : tepung roti)
2 sudu besar susu tepung
200 ml air suam/susu suam (me : air suam)
1 paket yis Mauripan (11 gm)
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur (1 biji untuk roti - me : gred A & 1 biji untuk eggwash)
1 sudu besar shortening (lemak sayur)
2 sudu besar marjerin
Buttercup & gula pasir (untuk hiasan)
Cara-Cara :
1. Satukan air suam + gula pasir + susu pekat manis + yis Mauripan dalam satu bekas, kacau rata dan biarkan mengembang selama 10-15 minit.
2. Campurkan tepung gandum + susu tepung dalam satu bekas lain. Bila yis dah kembang, masukkan 1 biji telur, kacau rata bagi sebati.
3. Tuangkan yis + telur ke dalam tepung, bolehlah mula uli sampai sebati. (Masa ni tepung agak kering).
4. Akhir sekali masukkan 1 sudu besar shortening dan 2 sudu besar marjerin, uli sampai licin atau elastik (masa mula-mula uli adunan tepung agak berminyak, jangan risau uli jer, lama-lama ia akan sebati dan cantik).
5. Biarkan adunan kembang sekali ganda selama 30-40 minit. (bergantung pada cuaca juga).
6. Dah kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara selepas itu bolehlah timbang, (saya timbang 30 gm setiap satu). Bulat-bulatkan adunan sampai habis, susun dalam loyang yang disapu dengan sedikit shortening, kemudian tutup dengan kain/kitchen towel lembap (supaya tidak kering), biarkan naik lagi.
7. Sebelum bakar, sapukan eggwash (1 biji telur + 1 sudu besar air, pukul sebati), barulah cantik. Gunting permukaan doh, selitkan butter dan taburkan gula pasir.
8. Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit (ikut oven masing-masing). Bila dah masak bolehlah disapukan butter cair supaya cantik berkilat.
No comments:
Post a Comment