Thursday, May 21, 2015
EPAL BAKAR BERBUNGKUS
EPAL BAKAR BERBUNGKUS
rujukan : Majalah Sedap Mei 2013 ; (yummy)
Bahan Kulit :
100 gm tepung gandum
1/2 sudu makan gula aising
1 biji telur gred A/B
1/4 sudu teh garam
200 ml susu cair
1 sudu makan marjerin - cairkan
Bahan Inti :
150 ml susu cair
25 gm gula pasir
15 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu makan mentega tawar
150 gm epal hijau , potong dadu (anggaran 3 biji saiz kecil)
Cara Membuat :
1. Kacau rata bahan kulit hingga sebati. Buat dadar di kuali rata kecil. Ketepikan.
2. Inti : rebus/masak susu cair, gula pasir dan tepung jagung sambil dikacau sehingga memekat dengan api kecil. Matikan api.
3. Masukkan kuning telur. Kacau rata. Nyalakan api semula. Kacau sehingga meletup-letup.
4. Masukkan mentega tawar dan epal. Kacau rata sehingga epal sedikit lembut.
5. Ambil sekeping kulit dadar tadi. Masukkan inti. Bentukkan empat segi. Buat sehingga habis kulit dadar.
6. Sapukan marjerin di kuali rata. Letakkan epal yang sudah dibungkus tadi. Balik-balikkan sehingga kecoklatan.
Labels:
Crepes
PUDING BANDUNG CINCAU
PUDING BANDUNG CINCAU
sumber : fizalgk ; thanks...
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
1 1/2 cawan gula
6 cawan air
1 tin susu cair
300 gm cincau - dipotong halus atau disagat
Pewarna makanan merah jambu
Sedikit esen ros - jika suka
Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali cincau dan pewarna makanan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan pewarna makan dan esen ros (jika suka). Tutup api.
3. Tuangkan ke dalam acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu (untuk memudahkan puding keluar dari acuan) dan masukkan perlahan-lahan cincau yang telah dipotong halus tadi.
4. Setelah puding agak suam, masukkan ke dalam peti sejuk.
5. Sejukkan.
Labels:
Puding
Wednesday, May 20, 2015
PUDING KARAMEL PERASA KOPI
PUDING KARAMEL PERASA KOPI
Bahan-bahan :
5 biji telur gred A/B
1 tin susu cair
1 tin air (sukat menggunakan tin susu cair)
1/2 cawan susu pekat manis
1 tsp. esen vanilla
1 cawan gula pasir (buat gula hangus)
1 tbsp tepung kastad
1 sachet Nescafe 3 in 1
Loyang : 8 inci, bulat
Cara-cara :
1. Buat gula hangus dahulu : Masak gula pasir di atas api perlahan sehingga menjadi perang. Kemudian tuangkan sedikit air panas dan masak sehingga gula larut. Ketepikan.
2. Ambil loyang, sapukan dasar dan kelilingnya dengan sedikit mentega. Tuangkan air gula hangus tadi. Ketepikan.
3. Campurkan kesemua bahan puding dan pukul sehingga sebati. Tapiskan jika perlu.
4. Panaskan kukusan kemudian tuangkan adunan puding ke dalam loyang berisi air gula hangus tadi.
5. Kukus selama 30 minit. Sejukkan di dalam peti sejuk. (Sekiranya suka bolehlah dihidangkan dengan buah-buahan koktel atau ais krim vanilla).
Labels:
Puding
NASI KABSAH AYAM
NASI KABSAH AYAM
Set beras dan rempah
Serves 4-5
Bahan-bahan :
Beras basmathi *
Rempah tumis kabsah *
Rempah serbuk kabsah * (* ada dalam set)
1 ekor ayam (sederhana)
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
2 tangkai cili hijau
minyak masak
tomato puri
garam (halalgel)
Perhatian!!
1 1/2 sudu besar rempah serbuk kabsah untuk ayam panggang
1 sudu besar rempah serbuk kabsah untuk nasi
Ayam Panggang :
1. Perapkan 1 ekor ayam dengan 1 1/2 sudu besar rempah serbuk kabsah, 5 ulas bawang putih yang dikisar, 2 sudu kecil garam, 2 sudu besar tomato puri dan 2 sudu besar minyak. (Gaul sebati dan perapkan anggaran selama 30 minit atau lebih).
2. Panggang/bakar di dalam oven selama 1 jam pada suhu 180'C. Balik-balikkan ayam selepas 1/2 jam.
3. Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang.
Nasi :
1. Rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan.
2. Tumis 2 biji bawang besar (hiris), 5 ulas bawang putih (hiris), rempah tumis (kayu manis, pelaga, cengkih, dan lumi), 1 sudu besar rempah serbuk kabsah dan 5 sudu besar tomato puree.
3. Masukkan 600 ml air ke dalam tumisan. Biarkan mendidih.
4. Campurkan beras yang telah ditoskan beserta tumisan rempah dan bawang tadi ke dalam rice cooker.
5. Taburkan 1 1/2 sudu kecil garam dan 2 tangkai cili hijau (jangan dihiris).
6. Tanak nasi sehingga 80% masak kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaulkan perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya.
Cara buat Sos Harrah :
2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, sedikit daun ketumbar, sedikit cili padi dan sedikit garam dikisar tanpa air. Hidangkan.
Cara buat Salad Arab :
2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.
Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, tambahkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Labels:
Nasi
Tuesday, May 19, 2015
SERABAI dan KUAH DURIAN
SERABAI dan KUAH DURIAN
sumber : Chef Hanieliza ; thanks...
Bahan A :
2 cawan tepung beras
1 cawan nasi sejuk *
1 cawan air * (* dikisar halus)
2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
1 sudu teh yis kering Mauripan
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna pilihan (jika suka - resipi asal warna putih)
Bahan B : (Kuah Durian)
1/2 cawan gula perang *
1/2 cawan gula *
1/2 cawan air * (* dimasak sehingga pekat dan ditapiskan)
2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
Isi durian secukupnya
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)
Cara Membuat :
1. Panaskan santan sekadar suam sahaja.
2. Larutkan yis kering Mauripan di dalam santan suam. Kemudian kacau rata.
3. Campurkan kesemua bahan A sehingga sebati dan perapkan selama lebih kurang 2 jam.
4. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali yang sudah dipanaskan sedikit dan masakkan sehingga adunan kelihatan berlubang. Gunakan api yang kecil.
5. Terbalikkan adunan dan masak lagi sehingga kelihatan kuning keemasan. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga habis adunan.
7. Masukkan kesemua bahan B ke dalam periuk dan masak sehingga pekat.
8. Sedia dihidangkan.
Labels:
Kuih-muih
Subscribe to:
Posts (Atom)