Monday, June 4, 2018
DAGING GORENG LADA HITAM...
DAGING GORENG LADA HITAM
sumber : Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis, cuci bersih & toskan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh sos lada hitam
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh sos tomato
1 sudu teh sos cili
1 sudu makan kicap manis
1 biji lada benggala atau cili merah ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ dihiris
Sedikit garam & gula
Sedikit cuka
Minyak masak secukupnya
Bahan Tumbuk :
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
Cara Memasak :
1. Perap daging yang dihiris bersama serbuk lada hitam selama satu jam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
3. Masukkan kesemua sos dan diikuti daging yang telah diperap.
4. Masukkan kicap manis, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekata sehingga daging empuk. Masukkan sedikit air jika daging masih belum empuk.
5. Masukkan lada benggala/cili merah dan bawang besar yang telah dihiris.
6. Angkat dan sedia dihidangkan...
Labels:
Daging
Friday, June 1, 2018
SAMPERIT COKLAT...
SAMPERIT COKLAT
sumber : Umie Syaari@MAHN...
Bahan-Bahan :
250 gm butter (untuk lebih sedap guna pure butter)
120 gm gula aising
150 gm tepung jagung
80 gm tepung kastad
230 gm tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 biji kuning telur gred A/B
Coklat cip secukupnya ~ untuk hiasan
Cara-Cara :
Pukul butter dan gula aising serta kuning telur (pukul manja-manja je) sehingga sebati. Kemudian masukkan serbuk koko diikuti dengan ketiga-tiga jenis tepung. Uli sehingga mendapat adunan doh yang lembut. Terap menggunakan acuan samperit. Hiaskan dengan coklat cip.
Bakar pada suhu 170'C (bergantung pada jenis oven masing-masing) selama 20 minit sehingga masak...
Labels:
Biskut/Cookies
BISKUT GERMAN@GERMAN COOKIES...
BISKUT GERMAN@GERMAN COOKIES
WARNA-WARNI
sumber : Insta@danish harraz...
Bahan-Bahan :
250 gm pure butter ~ suhu bilik
80 gm gula aising
250 gm potato starch@tepung pati kentang
160 gm tepung kek atau superfine
Beberapa pewarna & perasa pilihan ~ jika nak biarkan pada warna asal, letakkan 1 sudu teh esen vanilla bila butter dan gula sudah dipukul kembang...
Cara-Cara :
Panaskan oven pada suhu 160'C. Ayak tepung kek dan jua potato starch, ketepikan.
Ayak gula aising di dalam bekas lain.
Dalam bekas yang lain, pukul butter dan gula aising dengan mixer sehingga kembang.
Masukkan bahan kering tadi dan gula menggunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi adunan doh yang lembut, tidak melekat di tangan. (Tambah sedikit tepung kek jika adunan masih lembik).
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titikkan sedikit pewarna dan perisa pilihan, uli rata sehingga mendapat warna yang dikehendaki.
Selepas itu balut setiap mangkuk adunan dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan, bulatkan menjadi bebola kecil lebih kurang 1 inci (saya sukat guna 1/2 sudu besar sudu) dan susun di atas baking tray yang telah dialas dengan baking paper.
Kemudian tekap setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak.
Bakar di dalam oven selama lebih kurang 15 minit sehingga masak. Sejukkan dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara...
Labels:
Biskut/Cookies
BADAK BERENDAM...
BADAK BERENDAM
Bahan Doh :
2 cawan tepung pulut
1 cawan air atau secukupnya
1/2 sudu teh garam
Pewarna pilihan
Cara-Cara :
Campurkan garam dengan air dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh di bentuk dan tidak melekat di tangan. Bahagikan doh kepada dua bahagian dan letakkan pewana pilihan. Gaulkan sehingga sebati dan warna sekata.
Bahan Inti :
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka
Sedikit air
Cara-Cara :
Masak gula merah dan gula pasir bersama sedikit air (anggaran 1/4 cawan) dan daun pandan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau di atas api sederhana sehingga kering. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis. (saya sukat menggunakan 1 sudu teh)..
Bahan Kuah :
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam
3 helai daun pandan ~ disimpul
Sedikit gula (jika suka ~ optional)
Cara-Cara :
Campur rata semua bahan-bahan kuah, lalu dikacau di atas api sehingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.
Cara-Cara Penyediaan :
Ambil sedikit doh dan dibulat-bulatkan (saya sukat guna 1/2 sudu besar) kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dibulatkan kembali. Buat sehingga habis dan letakkan di atas plastik supaya ianya tidak melekat.
Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kuih/bebola yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan. Angkat, toskan dan terus dimasukkan ke dalam kuah yang disediakan terlebih dahulu...
Labels:
Kuih-muih
KAILAN IKAN MASIN...
KAILAN IKAN MASIN
Bahan-Bahan :
2 ikat sayur kailan ~ dicuci bersih & dipotong
5 ulas bawang putih ~ diketuk
1 labu bawang besar ~ dipotong baji
2 biji cili merah ~ dihiris
2 keping ikan tenggiri jeruk ~ dibersihkan & dipotong kecil
1 biji limau kasturi ~ diperah ambil jusnya
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, goreng ikan tenggiri sehingga sedikit garing. Masukkan bawang putih, kacau rata sehingga harum baunya.
2. Masukkan sedikit air dan sos tiram. Biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan sayur kailan bersama bawang besar dan cili merah serta air perahan limau kasturi. Kacau rata sebentar.
4. Sesuaikan rasanya. Tutup api, sedia dihidangkan...
Labels:
Sayur
Subscribe to:
Posts (Atom)