KEK PISANG

Friday, June 1, 2018

BISKUT GERMAN@GERMAN COOKIES...










BISKUT GERMAN@GERMAN COOKIES
WARNA-WARNI
sumber :    Insta@danish harraz...




Bahan-Bahan :

250  gm  pure butter  ~  suhu bilik
80  gm  gula aising
250  gm  potato starch@tepung pati kentang
160  gm  tepung kek atau superfine
Beberapa pewarna & perasa pilihan  ~  jika nak biarkan pada warna asal, letakkan 1 sudu teh  esen vanilla bila butter dan gula sudah dipukul kembang...


Cara-Cara :

Panaskan oven pada suhu 160'C.  Ayak tepung kek dan jua potato starch, ketepikan.
Ayak gula aising di dalam bekas lain.
Dalam bekas yang lain, pukul butter dan gula aising dengan mixer sehingga kembang.
Masukkan bahan kering tadi dan gula menggunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi adunan doh yang lembut, tidak melekat di tangan.  (Tambah sedikit tepung kek jika adunan masih lembik).
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titikkan sedikit pewarna dan perisa pilihan, uli rata sehingga mendapat warna yang dikehendaki.
Selepas itu balut setiap mangkuk adunan dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan, bulatkan menjadi bebola kecil lebih kurang 1 inci (saya sukat guna 1/2 sudu besar sudu) dan susun di atas baking tray yang telah dialas dengan baking paper.
Kemudian tekap setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak.
Bakar di dalam oven selama lebih kurang 15 minit sehingga masak.  Sejukkan dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara...

No comments:

Post a Comment