KEK PISANG

Tuesday, June 12, 2018

BUBUR SOM-SOM...










BUBUR SOM-SOM
rujukan :    Kak Fida/My Resepi...




Bahan-Bahan :

100  gm  tepung beras
100  gm  tepung jagung
1,600 ml  santan  (atau  500 ml  santan kotak KARA +  air)
100  ml  air pandan  (100 ml  air +  pandan pes)
1  sudu teh  garam atau secukup rasa
Sedikit pewarna hijau  (optional)


Bahan Sirap Gula Melaka :

500  gm  gula melaka
1000  ml  air
2  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara :

Masak sirap gula melaka sehingga gula larut dan tapis.  Ketepikan.
Satukan kesemua bahan-bahan untuk som-som di dalam periuk dan gaul rata.
Masak sehingga pekat dan berkilat sehingga adunan meletup-letup.  Tutup api.
Sediakan loyang atau acuan kecil ikut pilihan.  Oleskan dengan sedikit minyak.
Tuangkan adunan som-som ke dalam acuan atau loyang.  Sejukkan sehingga keras.
Hidangkan dengan Sirap Gula Melaka...

No comments:

Post a Comment