KEK PISANG

Wednesday, June 20, 2018

PULUT MANGGA THAI...










PULUT MANGGA THAI
rujukan :    mamawandiha...




Bahan-Bahan :

250  gm  beras pulut  (saya guna beras pulut susu)
300  ml  santan
Buah mangga ranum secukupnya  (saya guna mangga harumanis)


Bahan Kuah Santan :

200  ml  santan
2  sudu kecil rata  tepung jagung
1  sudu kecil rata  tepung beras
1  sudu kecil  garam
1  sudu besar  gula
1  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara :

1.  Cuci beras pulut kemudian masukkan ke dalam loyang saiz kecil.  Tuangkan santan dan ratakan.  Kukus sehingga pulut masak.  Kaupbalikkan pulut supaya elok sebati.  Jika perlu.... boleh sambung kukus sebentar lagi supaya pulut masak rata.

2.  Satukan santan dan semua tepung, garam dan gula, kacau sebati dan tiada bintil-bintil.  Masukkan daun pandan.  Didihkan menggunakan api kecil sehingga kuahnya pekat.  Pastikan sentiasa dikacau supaya kuah elok sebati.

3.  Untuk menghidang :   ambil pulut dan letakkan di dalam mangkuk hidangan.  Susunkan hirisan mangga dan tuangkan kuah santan di atas pulut.  Sedia untuk dinikmati atau sebagai juadah pemanis mulut ketika berbuka puasa...

INFO :   Pulut boleh direndam selama 20 minit sebelum dikukus...

No comments:

Post a Comment