KEK PISANG

Thursday, June 28, 2018

KEK COKLAT LAVA...











KEK COKLAT LAVA VOLCANO MELETUS
sumber :    FB@ Mariana Zainal via MAHN...




Bahan-Bahan Kek Coklat
Bahan A :

1  cawan  gula kastor
1  cawan  minyak jagung atau minyak masak
3/4  cawan  serbuk koko
3/4  cawan  susu pekat manis
1  cawan  susu cair

***   Satukan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan masak sekejap sahaja, agak-agak periuk tu panas dah ok...kacau-kacau sampai gula larut.


Bahan B :

2  biji  telur gred A/B *
1  sudu teh  esen vanilla *  ( * kacau sebati dalam 2-3 minit saja )


Bahan C :   (Diayak)

1 1/4  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  soda bikarbonate
1  sudu teh  baking powder


Cara-Cara :

1.  Panaskan kukusan sehingga air mendidih, api sederhana perlahan.

2.  Gris nipis loyang bersaiz 7 inci/8 inci guna mentega dan tabur sedikit tepung (supaya kek yang dah masak tidak melekat pada loyang bila diterbalikkan nanti).  (Saya guna acuan plastik saiz 9 inci, sapu mentega/minyak dan tabur sedikit tepung).

3.  Satukan bahan A dan bahan B, kacau sebati.  Kemudian masukkan pula bahan C dan kacau sebati.

4.  Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan yang disediakan.  Kukus selama 1 jam sehingga masak.
(Kalau guna loyang saiz 6 inci, masa kukus 35-40 minit)...

INFO :  Adunan ini dapat 2 biji kek jika menggunakan acuan saiz 6 inci...


Bahan Ganache/Topping :
sumber :    FB@ Resepi Mama..
Kredit kepada :    Noy Yullan



Bahan-Bahan :

2  sudu besar  serbuk koko
4  sudu besar  gula kastor
3  sudu besar  susu pekat manis
5  sudu besar  susu cair
1  sudu teh  esen vanilla
3  sudu besar  marjerin
1  sudu teh  garam
1 1/2  cawan  air panas
3  sudu besar  tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan  air


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan ganache/topping ke dalam periuk dan didihkan, kecuali 1/2 cawan air bancuhan tepung jagung.

2.  Bila mendidih, barulah  dimasukkan air bancuhan tepung jagung, kacau sehingga likat, angkat dan siramkan di atas kek yang sudah masak tadi.  Hias ikut kreativiti masing-masing.  (Saya taburkan dengan sedikit serbuk Milo di atasnya).

3.  Simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dihidangkan...

No comments:

Post a Comment