Saturday, November 23, 2019
AYAM MASAK KICAP ...
AYAM MASAK KICAP MUDAH & SEDAP
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ potong kecil, cuci bersih, lumur garam, serbuk kunyit & goreng 3/4 masak
1 biji kentang ~ potong ikut suka & goreng
4 batang serai ~ ketuk
1 sudu makan cili kisar
Sedikit susu pekat manis
Kicap lemak manis
Kicap pekat
Sos tiram
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Bahan Tumbuk :
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Hiasan :
1 biji bawang besar Holland ~ belah 6
1 biji tomato ~ belah 6
2 tangkai cili merah & hijau ~ belah 4
1 pokok daun bawang ~ hiris
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk, cili kisar dan serai sehingga wangi.
2. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis, kicap pekat, sos tiram serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.
3. Masukkan ayam yang digoreng 3/4 masak. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dengan kuah sos.
4. Akhir sekali, masukkan susu lemak manis, kentang goreng, bawang besar Holland, tomato dan cili hidup. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Taburkan dengan daun bawang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment