KEK PISANG

Thursday, November 14, 2019

AYAM MASAM MANIS ...









RESIPI AYAM MASAM MANIS
sumber :    MyResipi.com@Chef Hanieliza ...




Bahan-Bahan :

500  gm  isi ayam   ~  dipotong kecil
3  biji  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *    ( * semua bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama )

1/2  cawan  air
5  sudu makan  sos tomato
3  sudu makan  sos cili
1  sudu teh  gula
2  biji  tomato   ~  dipotong baji
3  biji  cili merah   ~  dihiris kasar
3  biji  cili hijau   ~  dihiris kasar
1/2  cawan  kacang pis   ~  sekiranya suka  (me :  tak letak, anak-anak tak suka)
2  sudu makan  minyak masak
Garam secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sehingga masak (jangan biarkan garing bagi mengelakkan ayam menjadi keras).

2.  Angkat ayam dan ketepikan.  Tinggalkan sedikit minyak gorengan tadi bagi menumis bahan yang dikisar.  Tumis sehingga naik bau.

3.  Masukkan air, sos tomato, sos cili dan gula.  Biarkan sehingga mendidih.

4.  Masukkan ayam yang digoreng tadi, tomato, cili merah, cili hijau dan kacang pis, jika guna.  Biarkan sebentar.  Sesuaikan rasanya.  Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment