KEK PISANG

Thursday, November 14, 2019

KUIH BAKAR JAGUNG ...










RESIPI KUIH BAKAR JAGUNG
sumber :    Fiza's Cooking ...




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
1  cawan  santan
1  cawan  susu sejat@susu cair
3/4  cawan  gula kastor
2  biji  telur gred A/B
1  tin  jagung manis ala krim
Sedikit pewarna kuning
Sedikit bijan
1  sudu teh  esen vanilla
1  sudu besar  mentega


Cara-Cara :

1.  Kisar semua bahan sehingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam blender.

2.  Masukkan jagung dan kisar sebentar sahaja.

3.  Panaskan loyang bersaiz 8 x 8 inci di atas dapur sebentar, masukkan mentega dan biarkan cair.  Tuangkan adunan yang di blender tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan.

4.  Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam, dan pada 10 minit terakhir saya tukar kepada api atas sahaja dan menjadikan kuih lebih berkerak.


NOTA :    Seperti biasa, sebelum membakar kuih atau kek, sila panaskan oven terlebih dahulu selama lebih kurang 10 minit.

No comments:

Post a Comment