Wednesday, November 20, 2019
SAMBAL TEMPE & KENTANG ...
SAMBAL TEMPE & KENTANG
sumber : seripayaku.blogspot.com
Bahan-Bahan :
1 peket tempe ~ dipotong memanjang
2 biji kentang ~ dikupas & dicuci bersih
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu kecil gula
4 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
1/4 cawan air
Sedikit garam & serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng
1/4 kiub pati ikan bilis (optional)
Cara Memasak :
1. Tempe yang telah dipotong digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
2. Potong kentang nipis-nipis dan digaulkan dengan sedikit garam.
3. Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng kentang sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Kemudian masukkan pula tempe, goreng sehingga garing. Angkat dan toskan. Gorengkan pula ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
5. Tinggalkan sedikit minyak tadi di dalam kuali, masukkan cili kisar. Kacau sehingga ia masak baru dimasukkan bawang tumbuk tadi. Kacau sebati.
6. Bila dah wangi, masukkan air dan tambahkan gula serta secubit garam (ini terpulang, kalau tempe tadi dah masin tak perlu masukkan). Kacau sehingga air agak kering dan rasa masin manisnya.
7. Bila dah ngam dengan citarasa, masukkan semua bahan dan kacau sebati. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment