KEK PISANG

Sunday, November 10, 2019

NASI GORENG SARDIN SANGAT SEDAP ...









NASI GORENG SARDIN
SANGAT SEDAP !!!
sumber :    Azie Kitchen ...




Bahan-Bahan :

1  mangkuk besar  nasi sejuk   ~  lebih kurang 1 kg.
1  tin besar  ikan sardin   ~  ambil isi sahaja
4  ulas  bawang merah   ~  hiris
3  ulas  bawang putih   ~  hiris
1  senduk  cili kisar   ~  ikut pedas disukai
1  batang  karot   ~  potong dadu   (me :   guna 14 tangkai kacang buncis, potong kecil)
3  biji  telur
1  sudu kecil  Maggi Cukup Rasa
sedikit garam,  jika suka
minyak masak,  untuk menumis


Bahan Hiasan :

Daun sup/bawang
Cili merah
Bawang goreng


Cara Memasak :

1.  Asingkan ikan sardin dari kuah.  Hancurkan kasar-kasar atau ikut yang disukai.

2.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali, tumis bawang hiris sehingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar.  Masak sehingga cili masak dan pecah minyak.

3.  Masukkan isi ikan sardin dan kacau rata.  Masukkan karot/kacang buncis dan kacau sehingga agak-agak karot suku atau setengah lembut.  (Kalau nak crunchy, masak sekejap jer).

4.  Tolakkan bahan-bahan ketepi kuali dan tuangkan telur di bahagian tengah kuali.  Bila telur mulai separuh masak, masukkan nasi.

5.  Kacau rata sehingga sebati.  Masukkan garam dan serbuk Maggi Cukup Rasa secukupnya.  Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

6.  Sebelum dihidangkan, taburkan daun sup/bawang, cili merah dan bawang goreng.  Sedia untuk dinikmati.




No comments:

Post a Comment