KEK PISANG

Tuesday, November 19, 2019

PUFF TUNA MAYONES ...








PUFF TUNA MAYONES
sumber :    Majalah RASA.my Disember 2016 ...




Bahan-Bahan :

Puff Pastry segera secukupnya   (jenama KAWAN)
Kuning telur secukupnya   ~  untuk disapu atas puff
Sedikit oregano kering untuk hiasan atas puff, jika suka


Bahan-Bahan Inti :

150  gm  isi tuna (dalam tin)   ~  toskan
2  sudu makan  mayones
1  labu  bawang besar   ~  dipotong dadu
2  biji  cili merah   ~  buang biji & cincang/hiris
Daun bawang secukupnya   ~  cincang
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa


Cara Penyediaan :

1.  Keluarkan puff pastry (segera) dari peti sejuk dan biarkan ia pada suhu bilik.  Ketepikan.

2.  Campurkan kesemua bahan inti dan gaul rata.

3.  Tetap puff pastry mengikut citarasa dan isi sesudu inti ke dalamnya, (me : potong 4 persegi).  Tutup/lipat puff dan rapikan tepinya dengan menggunakan garfu.  Susunkan ke dalam dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung.  Sapu sedikit kuning telur dan taburkan dengan sedikit oregano kering ke atas puff.

4.  Bakar pada suhu 200'C selama 25-30 minit atau sehingga puff keperang-perangan.

5.  Keluarkan dari oven dan sedia dinikmati.


Info Chef :    Sapuan kuning telur di atas puff membuatkan permukaannya lebih cantik selepas dibakar.




No comments:

Post a Comment