Saturday, November 23, 2019
RENDANG AYAM ...
RESIPI RENDANG AYAM
sumber : FB@Resepi Mudah ...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ potong ikut suka, cuci bersih & toskan
2 cawan santan
2 sudu makan kerisik (me : guna 1 paket kecil)
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit ~ diracik halus
3 helai daun limau purut ~ buang urat tengah & hiris kasar
Minyak masak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Bahan Dikisar :
20 biji cili kering ~ rendam hingga lembut & toskan
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
4 batang serai ~ hiris kasar
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali.
Tumiskan bahan-bahan dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.
Masukkan kerisik, asam gelugor dan kacau rata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
Gaul rata dan sebati. Sesuaikan rasa dan siap untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment