KEK PISANG

Sunday, November 10, 2019

CHOCOLATE CHIP MUFFINS ...










CHOCOLATE CHIP MUFFINS
sumber :    FR@Resepi Panas 
kredit :    zuraita mohd anua




Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung gandum *
1  cawan  serbuk koko *
1  sudu kecil  baking powder *
1  sudu kecil  soda bikarbonate *
1  sudu teh  garam *
2  cawan  gula halus/gula kastor   (boleh kurangkan sikit ikut citarasa)
2  cawan  susu segar,  suhu ruang
2  biji  telur gred A
1  cawan  minyak masak atau minyak jagung
1  sudu teh  esen vanilla


Bahan Hiasan :

Chocolate chips & Badam keping secukupnya


Cara-Cara :

1.  Ayak bahan-bahan bertanda (*) di dalam satu bekas besar.  Gaul rata.

2.  Masukkan semua bahan basah ke dalam adunan tepung tadi.  Gaul rata menggunakan whisk.  (Kalau nak guna mixer atau blender pun boleh).  Tapi kacau dengan whisk pun dah cukup memadai.  Gaul rata sehingga tiada tepung bergumpal.  Bila adunan dah rata, boleh masukkan sedikit chocolate chips jika mahu.  Gaul lagi tapi pastikan jangan terlebih gaul.

3.  Tuangkan/sudukan adunankira-kira 3/4 penuh ke dalam papercup.  Taburkan chocolate chips dan badam keping di atas muffins.

4.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit lebih awal.  Suhu anggaran 170'C - 180'C selama 20 minit atau sehingga masak.
SIAP !!!

No comments:

Post a Comment