BASQUE BURNT CHEESECAKE
sumber : FB@Aznie Khasri ...
Bahan-Bahan :
250 gm cream cheese Philadelphia, suhu bilik
85 gm gula kastor
120 ml whipping cream 'UHT Dairy'
2 biji telur gred A
9 gm tepung gandum
Cara-Cara :
Panaskan oven pada suhu 200'C.
Griskan loyang saiz 6 inci (springform) dan lapikkan dengan baking paper, (baking paper dilebihkan sedikit dari loyang, ratakan baking paper dalam loyang). Ketepikan.
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan.
Satukan whipping cream dan tepung gandum di dalam mangkuk, kacau rata sehingga tidak berketul dengan menggunakan whisk.
Kemudian tuangkan ke dalam adunan cheese tadi. Gaul sebati adunan ini menggunakan whisk sahaja.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disediakan tadi.
Masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar selama 1 jam bergantung pada oven masing-masing, menggunakan api atas bawah dengan suhu tinggi 200'C. Direct bake. Tidak perlu water bath seperti cheese cake yang lain.
Masa bakar selama 1 jam.
Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan kek sejuk dulu baru dikeluarkan dari loyang. Hias ikut citarasa.
No comments:
Post a Comment