Saturday, November 23, 2019
SUP KENTANG & TAUHU JEPUN ...
SUP KENTANG & TAUHU JEPUN
Bahan-Bahan :
2 biji kentang ~ kupas kulit, potong baji & rendam dalam air
1 batang lobak merah saiz sederhana ~ kupas kulit & potong baji
1 tiub tauhu Jepun ~ potong sederhana kecil
1 pek sup bunjut
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia * ( * dihiris/ditumbuk )
Air secukupnya
Garam & serbuk lada sulah secukupnya
Daun sup secukupnya ~ dihiris untuk hiasan
Bawang goreng ~ untuk hiasan
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau harum.
2. Masukkan air secukupnya dan biarkan ia mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan kentang, lobak merah dan sup bunjut. Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak merah lembut/empuk.
4. Akhir sekali masukkan sup Jepun, garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Biarkan mendidih sekali lagi dan tutup api.
5. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment