RESIPI SAMBAL TELUR REBUS
sumber : Insta@resepisedap ...
Bahan-Bahan :
7-8 biji telur yang telah direbus ~ kupas kulit
1 biji bawang besar
2 inci belacan ~ lebih pun boleh
5 sudu makan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa ~ boleh dikurangkan
Gula Melaka secukupnya ~ ikut suka nak letak banyak mana
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Telur yang direbus, kupas kulit, ketepikan seketika.
2. Kisar bawang besar dan belacan dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali, gorengkan telur tadi agak-agak garing, angkat.
4. Gunakan minyak gorengan telur tadi untuk menumis bahan kisar seketika, api sederhana. Masukkan cili kisar, kacau-kacau rata. (agak-agak sehingga cili kisar masak, terbit minyak).
5. Masukkan gula Melaka secukupnya, kacau lagi (api perlahan sikit, masak lama sikit dalam 15-20 minit. Kemudian masukkan air asam jawa, kacau bagi rata.
6. Perasakan dengan garam secukupnya, kacau-kacau lagi. Akhir sekali masukkan telur. Gaul rata sambal, biarkan seketika, tutup api. Taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang, jika suka.
SIAP !!!
No comments:
Post a Comment