Wednesday, December 17, 2014
AGAR-AGAR KARAMEL TANPA TELUR
AGAR-AGAR KARAMEL TANPA TELUR
sumber dari : DapurTanpaSempadan dll.; thanks..
tried & tested : zaralovebaking..
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
700 ml air
300 ml susu cair
120 gm gula halus
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan gula pasir *
3 sudu besar air panas didih * (* untuk dijadikan karamel)
Cara Penyediaan :
Masak gula pasir dengan api sederhana sehingga cair, sehingga gula bertukar menjadi kuning keemasan. Dengan berhati-hati tuangkan air panas didih dan kacau sehingga sebati. Masakkan sekejap lagi sehingga pekat. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan/loyang pilihan (acuan/loyang disapukan dengan sedikit mentega untuk memudahkan agar-agar keluar dari acuan/loyang).
Satukan susu cair dengan tepung kastad, kacau rata dan tapis. Di dalam periuk, satukan gula halus, air dan serbuk agar-agar, kacau rata dan jerangkan di atas api sehingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu dan kastad tadi, kacau rata.
Masak sehingga bancuhan agar-agar kelihatan sedikit pekat, tutup api dan tuangkan ke dalam acuan/loyang berisi karamel tadi. Biarkan suam seketika dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Keluarkan agar-agar dari acuan/loyang dan isikan di dalam piring. Hiaskan dengan buah-buahan koktel (jika suka), hidangkan dingin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment