Sunday, December 21, 2014
GULAI AYAM PADANG
GULAI AYAM PADANG
sumber : Paty's Kitchen ; thanks...
tried by : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
1 ekor ayam, dipotong 12
2 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik
5 helai daun limau purut
3 helai daun salam
2 keping asam keping
3 sudu besar minyak masak
3 cawan santan pekat
Garam & serbuk perasa secukupnya
Bahan-bahan Kisar :
7 biji cili merah
15 biji cili kering - direndam hingga kembang
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
7 biji buah keras
(kisarkan kesemua bahan kisar sehingga menjadi pes halus dan basah).
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam, serai, lengkuas, daun limau purut, daun salam dan secawan air.
3. Biarkan seketika kemudian masukkan santan pekat, asam keping, garam dan serbuk perasa.
4. Masak menggunakan api kecil sambil dikacau hingga ayam benar-benar empuk dan masak.
5. Angkat dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment