Monday, December 1, 2014
PUDING ROTI COKLAT CIP dengan SOS KASTAD OREN
PUDING ROTI COKLAT CIP DENGAN SOS
KASTAD OREN
sumber dari : syapek kitchen ; thanks....
Bahan-bahan :
6 keping roti putih
250 ml susu cair
2 sudu makan gula halus
1 sudu makan mentega (dicairkan)
2 biji telur 'B'
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh serbuk kayu manis *
1/2 cawan gula perang * (* disatukan)
1 sudu besar kismis (saya guna cranberry kering)
2 sudu makan coklat cip
1 sudu makan ceri merah (didadu - saya guna 1 biji apple hijau - dikupas kulit & didadu kecil)
Bahan Sos Kastad Oren :
125 ml susu cair
100 ml air
2 sudu makan Sunquick Oren
1 sudu makan susu pekat manis (boleh tambah lagi kalau kurang manis)
1/2 sudu makan tepung kastad
Cara Membuat :
1. Griskan loyang bersaiz 8 inci dan carik-carikkan roti.
2. Di dalam bekas besar, pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan susu, mentega cair, esen vanilla dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan roti yang telah di carik tadi ke dalam bekas tersebut. Biarkan rendam seketika.
4. Masukkan separuh adunan roti yang direndam tadi ke dalam loyang. Kemudian taburkan coklat cip, apple (jika guna) dan masukkan adunan selebihnya.
5. Taburkan kismis/cranberry dan ceri merah di atasnya. Kemudian taburkan gula perang bersama serbuk kayu manis di atasnya.
6. Bakar pada suhu 170'C selama 30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
7. Untuk Sos Kastad Oren : campurkan dan kacau kesemua bahan sos kastad dan masak di atas api sederhana sehingga pekat. Pastikan dikacau selalu. Bila dah pekat tutup api. Sejukkan dan sedia dihidang bersama puding.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment