KEK PISANG

Tuesday, September 4, 2018

BUBUR AYAM ALA MC DONALDS...






BUBUR AYAM ALA MC DONALDS
sumber :    MyResipi.com




Bahan-Bahan :


1 1/2  cawan  beras  (lebih kurang 250 gm)
1 1/2  inci  halia  ~  diketuk
2  sudu kecil  serbuk pati ayam  ATAU  1 kiub pati ayam
300  gm  isi ayam  ATAU  1/4 ekor ayam
Sedikit garam
1  liter  air atau secukupnya


Hiasan :

Lada merah  ~  cincang
Daun bawang & daun sup  ~  cincang
Bawang goreng
Kacang tanah goreng
Telur mata kerbau  (optional)


Cara Memasak :

1.  Rebus ayam sehingga empuk.  Keluarkan ayam dan toskan airnya.  Air rebusan ayam jangan dibuang.

2.  Basuh bersih beras.  Masukkan beras ke dalam periuk bersama air rebusan ayam.  Masak beras sehingga kembang.  Masak bubur ikut suka kelembutan yang disukai.  Masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu.

3.  Bila bubur hampir masak, masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.  Sesuaikan rasanya dan tutup api.

4.  Bubur bolehlah dihidangkan bersama ayam rebus tadi (carik-carik kecil), bawang goreng, lada merah dan daun bawang/sup.  Titiskan sedikit dengan minyak bijan.  Sedap juga dimakan dengan ikan bilis dan kacang goreng, cili jeruk dan telur masin (atau ikut citarasa)...Siap !!!

 




Sunday, September 2, 2018

POPIA GORENG WARISAN...







RESIPI POPIA GORENG WARISAN
sumber :    Majalah RASA September 2018




Bahan-Bahan :

1  paket  kulit popia
200  gm  daging kisar
1  batang  lobak merah  ~  hiris memanjang
1/4  biji  kubis  ~  hiris memanjang
1/2  sudu teh  serbuk lada sulah
10  ulas  bawang putih  ~  cincang halus
Sedikit perasa
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-Cara :

1.  Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
2.  Masukkan daging kisar, kacau rata.
3.  Apabila kering air daging, perasakan dengan garam, gula perasa dan serbuk lada sulah secukupnya.
4.  Kacau rata dan tambahkan dengan hirisan sayur-sayuran.
5.  Kacau seketika kemudian tutup api.
6.  Tuangkan bahan tumisan di atas penapis supaya isian sayur tidak berair.
7.  Ambil lapisan kulit popia, bentangkan, isikan dengan sayuran tadi dan gulung seperti biasa.
8.  Lakukan sehingga habis inti popia.  Ketepikan.
9.  Panaskan minyak di atas api sederhana, goreng popia sehingga kuning keperangan.
10.  Angkat dan toskannya di atas kitchen towel sebelum sedia dihidangkan dengan sos pilihan...







Saturday, September 1, 2018

LOMPANG BERLAUK/SERUNDING...







RESIPI LOMPANG BERLAUK/SERUNDING
sumber :    Majalah SAJI Februari 2018/Chef Asma




Bahan A :

100  gm  tepung beras
1  sudu besar  tepung jagung
250  ml  air
Sedikit kapur sirih  (saya guna 1/4 sudu teh)


Bahan B :

50  gm  gula pasir
250  ml  air
1  helai  daun pandan  ~  cuci bersih & simpulkan


Bahan Inti Berlauk :

2  biji  ubi kentang  ~  potong kiub
200  gm  ayam kisar
20  gm  rempah kari daging
10  gm  udang kering  ~  tumbuk kasar
2  ulas  bawang putih  ~  kisar
3  ulas  bawang merah  ~  kisar
1/2  cm  halia  ~  kisar
1/2  labu  bawang besar  ~  potong dadu
3  tangkai  daun kari
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit bunga cengkih
Sedikit buah pelaga
Minyak masak untuk menumis
Garam & gula secukupnya


Bahan Hiasan :

2  tangkai  daun sup  ~  cincang
2  tangkai  daun bawang  ~  cincang
2  tangkai  cili merah  ~  cincang
Sedikit bawang goreng


Cara-Cara :

1.  INTI BERLAUK :   Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, bawang merah, halia, daun kari dan rempah kari sehingga wangi.  Masukkan kentang dan sedikit air.

2.  Kemudian, masukkan ayam kisar, udang kering dan bawang besar.  Masak sehingga kering, tambahkan garam dan gula secukup rasa.  Ketepikan.

3.  LOMPANG :   Bancuh kesemua bahan A.  Kacau rata.  Ketepikan.

4.  Larutkan bahan B, masak sehingga mendidih kemudian tuangkan ke dalam bahan A.

5.  Tapis dan terus kukus di dalam acuan lompang.  Kukus selama 1/2 jam.  (Adunan boleh juga dibahagi dua dan letak warna pilihan).

6.  Kukus dengan api yang kuat untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

7.  Setelah masak, letakkan inti berlauk di atas permukaan lompang dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang goreng...

NOTA :   saya letakkan lebihan inti dari Pulut Serunding


Bahan Serunding Kelapa :
sumber :   Teratak Mutiara Kasih.blogspot.com

1/2  biji  kelapa parut putih
2  sudu besar  udang kering  ~  tumbuk kasar
1  ulas  bawang putih *
1  batang  serai *
1  ulas  bawang merah *
1/2  cm  halia *
1  cm  kunyit hidup *   ( * ditumbuk )
2  sudu besar  cili giling
2  sudu besar  gula atau secukupnya
Sedikit garam
Minyak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga garing.  Masukkan cili giling, tumis lagi sehingga pecah minyak.

2.  Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata.  Masukkan kelapa parut, gaul sebati.  Kacau sehingga inti kering.  Sesuaikan rasa biar ada sedikit pedas, manis-manis dan masin.  Tutup api.  Ketepikan.  Hidangkan bersama Pulut (juga boleh digunakan sebagai inti Cucur Badak)...





TELUR REBUS LADA HITAM...







RESIPI TELUR REBUS LADA HITAM
sumber :    Majalah SAJI 2008




Bahan-Bahan :

5-6  biji  telur  ~  direbus dahulu & dikupas kulit
30  gm  lada hitam *
5  ulas  bawang merah *
5  ulas  bawang putih *  ( * dikisar )
2  sudu makan  sos cili
2  sudu makan  sos tomato
2  sudu makan  sos tiram
1  sudu makan  kicap cair
1/2  sudu makan  kicap pekat
1/2  sudu makan  sos lada hitam  (saya tambah)
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan goreng telur yang telah direbus sehingga kekuningan.  Angkat dan ketepikan.

2.  Kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar buat seketika atau sehingga berbau wangi.

3.  Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos lada hitam (jika guna), kicap cair, kicap pekat dan kacau sehingga mesra.

4.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan masukkan telur yang digoreng tadi.

5.  Gaul mesra dan sedia untuk dihidangkan...






SUP TULANG SEDAP...







RESIPI SUP TULANG 




Bahan-Bahan :

1  kg  tulang lembu  ~  direbus terlebih dahulu sehingga empuk
2  sudu besar  minyak masak
1  sudu besar  minyak sapi
1  bungkus  sup bunjut tulang Adabi
1  batang  kulit kayu manis
3  kuntum  bunga lawang
5  kuntum  bunga cengkih
3  biji  buah pelaga
1  labu  bawang besar  ~  dihiris
Air rebusan tulang secukupnya
1  batang  lobak merah  ~  dipotong dadu
2  biji  kentang  ~  dipotong dadu
1  sudu kecil  serbuk lada sulah
1  biji  tomato  ~  dipotong dadu
1  batang  celery  ~  dihiris
3-4  biji  cili padi  ~  dihiris
Daun sup/daun bawang  ~  dihiris
Garam secukup rasa
Bawang goreng  ~  untuk tabur


Bahan Kisar :

5  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
1  inci  halia


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk.  Tumiskan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah dihiris sehingga harum dan garing.

2.  Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi sehingga garing dan terbit minyak.  Bila semua dah garing dan terbit minyak, masukkan tulang dan air rebusan tulang secukupnya.  Jika kurang boleh tambah lagi air biasa.  Masukkan juga rempah sup bunjut tulang.  Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.

3.  Jika menggunakan tulang yang tidak direbus awal, masak sehingga tulang empuk.  Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.  Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan minyak dipermukaan sup, ini adalah kotoran dan darah serta minyak dari lemak pada tulang.  (Cedokkan segala kotoran dan minyak semasa proses merebus tulang dibuang).  Bila daging dah empuk, masukkan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.

4.  Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah yang telah didadu kecil.  Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup/daun bawang, batang celery, cili padi dan bawang goreng.  Tutup api dan sedia dihidangkan dengan Sambal Kicap, jika suka...


Bahan Sambal Kicap :

15  biji  cili padi
3  ulas  bawang putih
1/2  cawan  kicap ABC/kicap manis
1  sudu besar  sos tomato
1  sudu kecil  cuka masakan


Cara-Cara :

Satukan semua bahan dan kisar.  Sedia dimakan bersama sup tulang.