KEK PISANG

Tuesday, November 4, 2014

Another fenomena cake in FB..


 Lagi satu fenomena kek di FB.  Ramai rakan-rakan alam maya yang telah mencubanya.  Feedback ramai yang mengatakan kek ini sedap dan gebus, maka saya juga teruja untuk mencubanya.  Memang sedap dan gebus.  Buatnya pun tak lah susah mana.  Bahan-bahan pun mudah didapati dan tidak mahal...
SELAMAT MENCUBA!!!









APAM SUSU 
sumber dari  :  grup dunia masakan Jalilah JJ ; thanks...
tried by  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

4  biji  telur gred A
1  cawan  gula kastor
1  sudu besar  ovalette
4  sudu besar  susu pekat manis
1  sudu teh  esen vanilla
2  cawan  tepung gandum  -  diayak
Pewarna pilihan


Cara-cara :

    Putarkan telur, gula, esen vanilla dan ovalette sehingga kembang dan putih.  Bila dah kembang masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati.
    Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga tepung tadi habis.  Bahagikan kepada tiga bahagian dan letakkan pewarna pilihan pada setiap bahagian.
    Tuangkan adunan ke dalam acuan pilihan yang telah disapukan dengan sedikit minyak secara berselang-seli dan kukus selama 35 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment