PANKEK GULUNG KEJU
sumber : Majalah Sedap 2013/bil 66 ;
tried by : zaralovebaking.blogspot.com ; sedap & lembut
Bahan :
200 gm tepung gandum
75 gm keju cheddar di parut
2 sudu makan gula pasir halus
1/2 sudu makan serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
2 biji telur, pukul ringan
300 ml susu cair atau susu segar (saya guna susu segar jer)
25 gm marjerin - cairkan
Bahan pelengkap :
100 ml sirap pankek
Cara membuat :
1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Masukkan gula pasir dan garam. Kecau rata.
2. Campurkan telur dan susu cair. Kacau rata. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum. Kacau sehingga licin. Masukkan marjerin cair. Kacau rata. Masukkan keju cheddar parut. Kacau rata dan sebati.
3. Tuangkan satu senduk sayur kecil di kuali rata yang telah disapu nipis marjerin. Biarkan sehingga berkulit. Terbalikkan. Biarkan sehingga masak.
4. Ketika masih panas, segera gulung. (Part ni saya tak buat).
5. Hidangkan bersama pelengkapnya.
Pesan Sedap : Sediakan pankek sebelum dihidangkan supaya tetap lembut ketika dihidangkan.
No comments:
Post a Comment