KEK PISANG

Sunday, November 9, 2014

NASI AYAM MUDAH








NASI AYAM MUDAH
sumber  :  ResepiCheff.blogspot.com ; thanks
tried by :  zaralovebaking.blogspot.com (memang mudah & sedap)



Bahan Kuah Sup :

1  ekor  ayam  (dibuang kulit & dipotong 4)
1  biji  bawang besar kuning  (dihiris)
3  ulas  bawang putih  (dihiris)
2  inci  halia  (dihiris)
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam secukupnya


Cara-cara :

     Tumiskan bawang hiris dan halia sehingga wangi.  Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.  Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak.  Masukkan sup bunjut, bawang goreng, garam dan sedikit perasa.  Tutup api dan keluarkan ayam.  Semasa hendak dihidang, taburkan daun bawang/daun sup.


Bahan Nasi Ayam :

   3  cawan  beras  (basuh & toskan)
   4  cawan  kuah sup atau secukupnya
   2  helai  daun pandan  (disimpul)
1-2  sudu besar mentega/marjerin


Cara-cara :

     Masukkan beras,  air rebusan ayam dan daun pandan ke dalam periuk kemudian masakkan di dalam Rice Cooker sehingga nasi masak.  Setelah nasi masak/kering, buatkan 2 lubang pada nasi dan masukkan 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya.  Tutupkan semula dengan nasi.  Akhir sekali kacau rata.


Bahan Sambal Cili :

12  tangkai  cili merah
  2  biji  tomato
  3  sudu besar  cuka
  3  sudu kecil  garam halus
  4  sudu besar  gula pasir


Cara-cara :

     Masukkan kesemua bahan ke dalam blender/pengisar dan kisarkan sehingga hancur.  Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.


Bahan Sambal Kicap :

Kuah sup
Kicap Cap Kipas Udang


     Satukan kuah sup dan kicap secukupnya ke dalam periuk.  Masak di atas dapur buat seketika.  Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.


Bahan Ayam Goreng :

     Lumurkan ayam yang telah direbus tadi dengan kicap dan gorengkan di saat hendak dihidangkan.  Angkat dan potong ayam mengikut citarasa.  Siap untuk dihidangkan bersama sayur salad, timun dan tomato.

No comments:

Post a Comment