NASI LEMAK SRI PANDAN BERJAGUNG
(Hidangan 10 orang)
sumber : Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
1 kg beras gred AAA atau beras basmathi
1 liter santan
10 helai daun pandan
2 inci halia (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Sedikit gula (sekiranya suka)
ATAU :
2 cawan beras basmathi (direndam selama 30 minit & ditoskan)
2 1/2 cawan santan
5 helai daun pandan
1 inci halia (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)
1/4 cawan jagung dalam tin (saya tambah)
Garam secukup rasa
Sedikit gula (sekiranya suka)
Cara Membuat :
1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Toskan.
2. Kisar daun pandan dengan sedikit air kemudian tapiskan.
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi letrik Rice Cooker dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
4. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula periuk. Biarkan ia sentiasa panas di dalam periuk nasi.
5. Hidangkan bersama sambal sotong kembang, ikan bilis goreng, telur rebus dan hirisan timun.
No comments:
Post a Comment