KEK PISANG

Monday, November 17, 2014

SAMBAL SOTONG KEMBANG







SAMBAL SOTONG KEMBANG
sumber  :   Chef Hanieliza



Bahan A :

   1  ekor  sotong kembang  (dihiris kasar)
   1  labu   bawang besar  (dihiris kasar)
1/2  cawan   jus asam jawa
   3  sudu besar  minyak masak
   1  sudu besar  gula
Garam secukup rasa


Bahan B :  (Dikisar)

15  tangkai  cili kering
10  ulas  bawang merah
  3  ulas  bawang putih
  1  sudu kecil  belacan  (sekiranya suka)


Cara Membuat :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2.  Masukkan jus asam jawa dan kacau rata.
3.  Masukkan sotong dan bawang besar.  Kemudian kacau rata.
4.  Masukkan gula dan garam secukup rasa.  Masakkan hingga kuah pekat.
5.  Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment