KEK PISANG

Monday, November 24, 2014

APPLE STRUDEL MUFFINS (15 pcs)




bekalan anak





APPLE STRUDEL MUFFINS  (yields :  15 pcs)
sumber  :   yatiememories ; thanks...sedap




Bahan-bahan :

      2  cawan  tepung gandum *
      1  sudu kecil  baking powder *
   1/2  sudu kecil  baking soda *
Secubit garam * (* diayak bersama)
      1  cawan  gula kastor
   1/2  cawan  mentega  (125 gm)
      2  biji  telur gred B
      1  sudu teh esen vanilla
1 1/2  cawan  apple didadu kecil (dalam 2 biji)


Bahan untuk crumble :

1/3  cawan  gula perang
   2  sudu besar  tepung gandum
1/8  sudu teh  serbuk kayu manis
   1  sudu besar  mentega
1/4  cawan  kacang walnut panggang (dicincang) - tambahan


Cara Membuat :

1.  Panaskan oven pada suhu 200'C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper liner secukupnya.  Satukan bahan-bahan untuk "crumble" kecuali kacang walnut, gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi seakan serbuk roti yang kasar.  Kemudian barulah dimasukkan kacang walnut.  Gaul rata.  Ketepikan seketika.

2.  Di dalam bekas yang sesuai, satukan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam yang telah diayak bersama.  Ketepikan.

3.  Di dalam bekas yang lain, pukul mentega dan gula sehingga rata.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga sebati.  Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.  Masukkan epal dan kacau rata menggunakan spatula atau senduk kayu.

4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.  (Jangan terlebih gaul nanti muffin keras selepas dibakar).  Sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh.

5.  Taburkan dengan "crumble" tadi di atas setiap muffin, tekan-tekankan sedikit.  

6.  Bakar selama 25 minit atau hingga masak sepenuhnya..

No comments:

Post a Comment