KEK PISANG

Saturday, November 15, 2014

POPIA GORENG









POPIA GORENG
sumber  :  SAJI Oktober 2012
tried by :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

  10  keping  kulit popia
    1  batang  lobak merah  -  hiris memanjang
    1  biji  sengkuang kecil  -  hiris memanjang
    1  labu  bawang besar  -  kisar
    5  ulas  bawang putih  -  kisar
200  gm  tauge
250  gm  udang  -  dibuang kulit & dicuci
    1  labu  bawang besar  -  hiris kasar
250  ml  minyak masak
Garam secukup rasa


Cara Membuat Popia Goreng :

1.  Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.  Kemudian masukkan udang, masak sebati.
2.  Selepas itu, masukkan pula hirisan lobak merah dan sengkuang.  Masak sehingga layu dan empuk.
3.  Kemudian masukkan tauge dan garam secukup rasa.
4.  Apabila sudah masak sebati, angkat dan tuskan minyaknya.
5.  Ambil sekeping kulit popia, letakkan sedikit inti dan balut/gulung kemas popia.
6.  Lekatkan hujung kulit popia dengan bancuhan sedikit tepung jagung bersama air, kemaskan hujung gulungan popia.
7.  Panaskan minyak, goreng popia sehingga masak.  Angkat dan tuskan minyaknya.  Hidangkan dengan sos cili.


Bahan Sos :

250  gm  sos tomato
250  gm  sos cili
    1  labu  bawang putih  -  kisar
150  ml  air


Cara Menyediakan Sos :

1.  Satukan sos tomato dan sos cili di dalam kuali.  Masukkan bawang putih dan air secukupnya.
2.  Masak sos sehingga sebati, biarkan ia mendidih.  Tutup api dan ketepikan.

No comments:

Post a Comment