Sunday, November 16, 2014
NASI JAGUNG SERAI CARROT
NASI JAGUNG SERAI BERCARROT
sumber dari : yatiememories ; thanks...
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (direndam 30 minit & toskan)
4 cawan air rebusan ayam (atau : 4 cawan air biasa + 1 kiub pati ayam Maggi)
1 cawan air dari dalam tin jagung
1 cawan susu cair
3/4 cawan jagung manis dalam tin
1 helai daun pandan (disimpul)
2 batang serai (dititik)
1/2 batang lobak merah (dihiris memanjang)
2 camca besar minyak sapi
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil)
2 ulas bawang putih (dicincang)
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Bahan Tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang besar, bawang putih, serai dan halia sehingga berbau harum.
2. Tambahkan beras dan gorengkan selama 1 minit. Tutupkan api dan alihkan beras tadi ke dalam Rice Cooker.
3. Masukkan jagung, carrot, daun pandan, air rebusan ayam + air dari tin jagung dan susu cair, kacau rata dan sebati. Masukkan garam secukupnya, kacau rata.
4. Tanak nasi seperti biasa sehingga betul-betul masak.
5. Gemburkan nasi dan taburkan dengan bahan hiasan (hirisan daun sup & bawang goreng)...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment