Tuesday, November 18, 2014
PUTU AYU COKLAT
PUTU AYU COKLAT
sumber : rahelblogspot ; thanks...
Bahan-bahan :
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum (tolak 1 1/2 sudu besar & gantikan dengan 1 1/2 sudu besar serbuk koko)
1 sudu teh baking powder (diayak bersama dengan tepung gandum & serbuk koko)
1 cawan santan atau susu segar (saya guna susu segar)
1 sudu kecil ovalette
150 gm kelapa parut putih atau secukupnya *
1 sudu makan tepung jagung * (* digaul rata & sebati )
Cara Membuat :
1. Sapu acuan putu ayu dengan sedikit minyak. Kemudian isikan kelapa putih ke dalam acuan & mampatkan.
2. Pukul telur dan gula sehingga sebati kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga pekat dan gebu selama lebih kurang 10 minit.
3. Masukkan tepung dan santan berselang-seli dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Kukus selama 8-10 minit dengan api sederhana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment