KEK PISANG

Saturday, November 15, 2014

SWEEDISH MEATBALL ALA IKEA







SWEEDISH MEATBALL ALA IKEA
Resepi dari  :  Faa Rosli; thanks..
Sumber  :  SeriKandiTanahJauha dll.; thanks..
Tried by :  zaralovebaking.blogspot.com ; sangat sedap...



Bahan-bahan :

Meatball secukupnya  (Jenama MARINA/RAMLY) digoreng tanpa minyak dengan api sederhana.  Pastikan selalu dibalik-balikkan supaya tidak hangus.
Kentang goreng secukupnya
1  sudu  jem strawberry/blueberry/mixed fruit
Salad & tomato secukupnya


Bahan Sosnya :

      2  sudu makan  mentega
1 1/2  sudu makan  tepung gandum
      1  biji  bawang besar kuning  (dipotong dadu kecil)
      2  biji  tomato sederhana besar  (dipotong dadu kecil)
1 1/2  cawan  air sejuk
  100  ml  susu segar atau susu cair
      3  sudu makan  sos tomato
      3  sudu makan  sos tiram
      2  sudu makan  kicap manis
      2  sudu makan  sos lada hitam
      1  kiub  pati daging
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak Sos :

1.  Cairkan mentega menggunakan api kecil.  Tumiskan bawang besar sehingga layu dan kecoklatan.

2.  Masukkan tepung gandum, kacau sehingga tepung berubah warna sedikit coklat.  Kemudian masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato layu.

3.  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub pati daging, gula dan serbuk perasa secukup rasa.  Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.  Sentiasalah dikacau supaya tidak berketul.

4.  Kacau sehingga sebati.  Tutup api dan biarkan suam seketika kemudian masukkan ke dalam blender dan kisarkan sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem pilihan.  Juga boleh dihidangkan dengan salad dan tomato...

No comments:

Post a Comment