Wednesday, November 26, 2014
TELUR DADAR SARDIN
TELUR DADAR SARDIN
buku : Mahir Memasak Vol. 2, Koleksi RASA
Bahan-bahan :
3 biji telur
1 tin sardin bersaiz kecil (ambil isi sahaja & dihancurkan)
1 batang sosej (dihiris kiub)
1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji cili padi (dihiris kecil)
1 tangkai daun sup (dihiris)
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang.
2. Selepas itu masukkan sardin yang dihancurkan.
3. Kemudian masukkan sosej yang dihiris kiub.
4. Masukkan bawang besar, daun sup dan garam secukup rasa. Gaul rata.
5. Panaskan minyak masak di dalam kuali, gorengkan telur sardin yang didadar tadi sehingga garing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment