Saturday, November 22, 2014
PUDING SAGU
PUDING SAGU
sumber : Chef Hanieliza ; thanks...
Bahan A : (Sagu)
2 cawan sagu mata ikan (dicuci bersih & direndam sekejap)
5 cawan air
1 sudu teh pewarna hijau
1 tin susu cair (400 ml)
1 tin buah-buahan koktel (sebagai hiasan jika perlu)
Bahan B : (Air Gula)
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Cara Membuat :
1. Didihkan air, masukkan sagu dan pewarna hijau. Kacau sehingga sagu masak & jernih. Tutup api.
2. Toskan sagu dan lalukan di bawah air paip yang mengalir untuk membuang kanjinya.
3. Masukkan sagu ke dalam acuan kecil/pilihan. Kemudian sejukkan.
4. Masakkan kesemua bahan B sehingga mendidih dan sedikit pekat.
5. Keluarkan sagu dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Tuangkan susu cair.
6. Hiaskan dengan buah-buahan koktel. Sejukkan di dalam peti sejuk.
7. Tuangkan air gula merah dan hidangkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment