KEK PISANG

Monday, March 12, 2018

APAM MANJA PANDAN...









APAM MANJA PANDAN
rujukan :    zulfadreamland...



Bahan Kulit :

1  cawan  tepung naik sendiri atau tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
1  biji  telur gred A/B
1/4  cawan  gula kastor
1  cawan  air pandan  (kisar 6 helai daun pandan dengan air dan tapis)
1  sudu besar  minyak jagung/minyak masak
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Pukul telur dan gula kastor sehingga kembang.  Kemudian satukan dengan kesemua bahan-bahan lain dan kacau sehingga sebati.  (atau satukan semua bahan dan kisar dalam 10 minit sehingga sebati).

2.  Kemudian, buat bulatan kira-kira 4 inci lebar (anggaran 1 senduk kecil) di atas kuali leper, apabila kering, letakkan inti di bahagian tengah, lipat, picitkan ditengah dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan.


Bahan Untuk Inti Kastad :  (buat dulu & ketepikan)
rujukan :    FB@Resepi Panas

1/2  cawan  tepung gandum
1  sudu besar  tepung kastad
1/2  cawan  gula kastor
1 1/2  cawan  susu segar kotak atau susu cair
1  sudu teh  pewarna kuning
Sedikit esen vanilla

Cara-Cara :   Masak sehingga pekat.  (saya masukkan ke dalam piping bag & picitkan ke atas kuih apam)...

No comments:

Post a Comment