RESEPI BISKUT NESTUM RANGUP
rujukan : Naz@ovenkecil.blogspot)
yields : 59 biji sukatan 1 sudu teh...
Bahan A :
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 1/2 sudu teh baking powder ~ diayak
2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original ~ dikisar halus
1 cawan bijirin NESTUM original ~ tidak perlu dikisar
Bahan B :
125 gm mentega
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur gred A/B
Bahan C : (Untuk Hiasan/Salut)
Bijirin NESTUM original secukupnya ~ letakkan di dalam bekas yang sesuai
Buah ceri merah/hijau yang dipotong kecil
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega dan gula kastor sehingga sebati. (Saya menggunakan senduk kayu jer). Masukkan esen vanilla, telur dan teruskan memukul sehingga sebati lagi.
3. Masukkan bahan A ke dalam adunan dan uli sehingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
4. Keluarkan adunan doh dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golek-golekkan bebola ini di dalam mangkuk/piring berisi bijiran NESTUM. (saya sukat menggunakan 1 sudu teh untuk mendapatkan saiz yang sama).
5. Susun di atas dulang pembakar yang dilapik kertas minyak. Tekankan sedikit dengan hujung garfu agar leper sedikit. Ambil ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
6. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175'C selama 20-25 minit atau hingga biskut bertukar warna keperangan. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara....
No comments:
Post a Comment