sangat sedapp...
ROTI LASAGNA SIMPLE
rujukan : youtube.buatoranglapo...
Bahan-Bahan :
1/2 biji bawang besar ~ didadu
1 ulas bawang putih ~ dicincang
300 gm daging cincang@kisar
1 genggam sayur campuran@mix vegetable
2-3 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
1 biji lada benggala hijau ~ hiris halus memanjang
Garam & gula secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
12 keping roti (saya guna 7 keping jer)
3 biji telur *
200 ml susu segar * (*dipukul sebati)
Parutan Mozarella cheese/Cheddar cheese secukupnya (saya guna Mozarella cheese)
Minyak masak secukupnya
Cara-Cara :
1. Masakkan intinya dahulu. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
2. Masukkan daging, biarkan sampai empuk. Tambahkan sedikit air jikalau terlalu kering.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau sebati.
4. Masukkan sayur campuran dan serbuk lada hitam secukup rasa. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sampai kering sedikit. Setelah siap, ketepikan dahulu.
5. Siapkan bahan roti dan acuan (saya guna acuan loaf pan). Pukul telur bersama susu segar sehingga sebati sahaja.
6. Celupkan roti di dalam telur dan susu yang sudah dipukul ke dalam acuan loaf pan. Letakkan inti yang sudah masak tadi, ratakan. Kemudian letakkan parutan cheese di atas inti. Buat sehingga 2-3 layer sehingga habis roti.
7. Bakar pada suhu 180'C sampai garing sedikit di bahagian permukaan Lasagna, lebih kurang 30-40 minit...
No comments:
Post a Comment