KEK PISANG

Friday, March 9, 2018

BINGKA JAGUNG...











RESEPI BINGKA JAGUNG
rujukan :    yatiememories...



Bahan-Bahan :

1  cawan  gula pasir
1 3/4  cawan  tepung gandum
1/4  cawan  tepung kastad
1  cawan  santan pekat
2  cawan  air
2  sudu besar  mentega atau minyak sapi  ~  cairkan & sejukkan
4  biji  telur gred A/B
Secubit garam
1  tin  jagung manis ala krim  (cream style golden sweet corn)
Bijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning


Loyang :    9x9 inci atau acuan pecah 8 dapat 5 keping kuih


Cara-Cara :

1.  Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan.  Kisar sampai sebati.
2.  Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim.  Gaul sebati.
3.  Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan sapukan rata.  Boleh juga guna mentega.
4.  Panaskan loyang dalam oven sebentar.  Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
5.  Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180'C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
6.  Guna api atas dan bawah.  Kalau nak garing lagi tambahkan masa dalam 5 minit guna api atas sahaja untuk permukaan kuih yang garing...

No comments:

Post a Comment